PENGASAS Binance, Changpeng Zhao kini dijatuhkan hukuman penjara oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, selepas pengasas dan bekas CEO bursa dagangan kriptowang popular berkenaan mengaku bersalah atas kesalahan melibatkan pengubahan wang haram.

Changpeng Zhao dijatuhi hukuman penjara selama 4 bulan.

Binance dilihat membolehkan berlakunya transaksi melibatkan pengubahan wang haram, dan platform berkenaan tidak mengambil langkah dalam memastikan perundangan diikuti sepenuhnya walaupun mempunyai keupayaan dari segi kewangan mahupun tenaga kerja.


Sebelum ini, Changpeng Zhao turut telah meninggalkan jawatan CEO, sebagai sebahagian daripada penyelesaian siasatan melibatkan bursa dagangan kriptowang berkenaan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat turut mengarahkan Binance membayar sebanyak $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.

Selain pengasas Binance ini, sebelum ini pengasas FTX, Bankman-Fried telah dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun atas kesalahan melibatkan bursa dagangan kripto FTX, disebabkan salah guna dana dan juga penipuan.

Untuk makluman, Binance diharamkan di Malaysia kerana tidak mematuhi peratusan yang ditetapkan peraturan di Malaysia. -Amanz